PELAN PEMASARAN UNICO2U
Ringkasan Pelan Pemasaran atau Marketing Plan peluang perniagaan ecommerce bersama Unico Network Sdn Bhd adalah seperti di bawah. Distributor UNICO2U layak menikmati bonus bonus yang syarikat sediakan mengikut pakej keahlian serta komitmen yang diberikan masing masing.
PAKEJ KEAHLIAN
a. Pakej Silver - RM350 + RM21 GST = RM371 (250 BV)
b. Pakej Gold - RM1750 + RM105 GST = RM1855 (1250 BV)
c. Pakej Platinum - RM3500 + RM210 GST - RM3710 (2500 BV)
* Naik taraf pakej dibenarkan dalam tempoh 120 hari pertama
* Satu nama dibenarkan mendaftar maksima 3 akaun dengan ID berbeza
GANJARAN
1. INSENTIIF JUALAN - 28.6%
Juga dikenali sebagai bonus penajaan (sponsoring bonus) atau bonus pengenal (introducer bonus).
Anda menaja distributor Pakej Silver (RM350), Intensif Jualan RM100.
Anda menaja distributor Pakej Gold (RM1750), Intensif Jualan RM500
Anda menaja distributor Pakej Platinum (RM3500), Intensif Jualan anda RM1000.
2. BONUS KEPIMPINAN - MAKSIMA RM15,000 SEHARI
Juga disebut Bonus Pasangan (Pairing Bonus) kumpulan kiri dan kanan iaitu bila berlaku imbangan
PV di kiri kanan yang dikira secara harian. Kadar maksima Bonus Kepimpinan ini adalah mengikut
pakej keahlian:
Pakej Silver RM,1000 sehari (maksima 25 pair)
Pakej Gold RM5,000 sehari (maksima 125 pair)
Pakej Platinum RM15,000 sehari (maksima 375 pair)
* 1 Pasang (Pairing) bermaksud 1 Silver di kiri dan kanan bersamaan RM40.
* Flushing berlaku bila berlaku maksima pair di kaki kecil. Kaki besar PV bawa ke hari berikut.
* Tiada flushing walau gagal mantain tetapi PV baru bulan tidak maintain tidak dikira.
3. BONUS ROYALTI - SEHINGGA 10%
Juga biasa disebut sebagai Bonus Matching iaitu peratusan bonus yang dikira dari pendapatan Bonus
Kepimpinan harian yang diperolehi oleh downline hasil tajaan peribadi. Bonus ini dibayar sehingga
2 Level. Level 1 dibayar 10% dan Level 2 dibayar 5%.
4. BONUS GSB (GLOBAL SALE BONUS)
Bonus GSB ini agak unik kerana distributor yang menyertai UNICO2U tetapi gagal membuat penajaan berpeluang mendapat downline melalui sistem software yang menyusun atau menyumbangkan downline secara rawak di bawah mereka. Susunan ini adalah random iaitu secara bebas dan tidak berunsur berat sebelah bagi membentuk geneologi bagi kiraan bonus ini. Bagaimana pun Bonus GSB ini ada had dan maksimanya adalah 4 kali ganda bergantung kepada pakej penyertaan.
5. ANUGERAH JUALAN SYARIKAT - 4% DARI CTO BULANAN
Bonus ini dibayar kepada mana mana ahli/distributor yang kumulatif PV jualan bulanan group kaki kecil mencapai sasaran atau mencapai status yang telah syarikat tetapkan.
a. Blue Diamond - 15,000 PV layak dapat 1%
b. Black Diamond - 30,000 PV layak dapat 1%
c. Double Black Diamond - 60,000 PV layak dapat 1%
d. Ambassador Black Diamond - 120,000 PV layak dapat 1%
* Jika anda Black Diamond, bahagian share anda adalah 1% + 1% atau 2% dari CTO
* Jika anda Double Black Diamond, share anda adalah 1% + 1% + 1% atau 3% dari CTO
* Jika anda Ambassador Black Diamond, share anda 1% + 1% + 1% + 1% atau 4% dari CTO
